Letak subtitle dalam movie

October 27, 2013






Assalamualaikum semua holla-hoilly

aku bukan nak buat tutorial pun, kau tahu kan yang aku ni bab nak buat tutorial memang susah sikit dan aku sangat-sangatlah tak reti nak buat benda-benda tutorial ini.

setelah PMR pergi meninggalkan aku dengan cara gentleman-nya. maka sekarang ini aku hanya mendownload movie-movie je. memang bapak gila bosan guwa cakap. sebab tak ada benda nak buat selain dari tengok movie. nasib baik lah time download movie WIFI tak buat hal. so bolehlah download dengan aman-damai. tapi bila part WIFI dah jadi slow macam siput tak makan berjuta tahun. aku rasa nak humban je WIFI tu dalam RIver Don sana. Biar kau rasa betapa sakitnya hati guwa ni *evil laugh*

bila movie dah habis download, maka aku akan tersenyum sampai ke mata. okay tu tak logic ehh peduli apa. tapi aku ada satu habit yang yang aku tak tahu bila datangnya. habitnya adalah bila movie dah siap download. aku akan simpan dalam satu folder dan aku akan simpan buat perkasam sampailah hati aku terdetik nak menontonnya. what de pelikkan. selalunya orang bila movie dah habis download dia akan tengok dengan serta merta.

apabila terdetik hati nak tengok movie, tiba-tiba tak ada subtitle. memang rasa nak menangis depan PC. aku bila nak download movie aku akan pastikan ada subtiltle. tapi bila dah jadi macam ni aku rasa sakit hati, dalam hati "dia tipu aku" kata ada subtiltle tapi habuk-debu pun aku tak nampak. kalau movie tu english tak apa lagi at least fahamlah jugak apa yang dia membebel. tapi kalau movie korean, japanese, thailand. kau rasa tak apa yang aku rasa?

aku ni bukan lah pandai sangat bahasa japanese, thailand tu ha. kalau bahasa korean tu aku tahulah sikit. tu pun dalam satu ayat yang dia cakap adalah aku faham dua-tiga perkataan. tapi tak best sebab kau tak faham apa yang dia cuba sampaikan. so buang masa ja kau mendownload 3-4 jam tapi kau tak faham apa yang dia cakap.

tapi ilek semua, ada satu solution dimana kalau movie yang korang download tu tak ada subtitle kau boleh buat dia ada subtitle. aku bukanlah manusia yang rajin nak mendownload balik movie tu bila dia tak ada subtitle. untuk tutorial tersebut boleh pergi kat blog Kak Husna.

seriously berkesan. aku dah cuba. sekarang aku boleh tengok movie dengan tanpa merasa pening lagi. 

p.s- what ever decide to do, make sure it make you happy. so you won't regret it later.

You Might Also Like

0 comment