Film Review : Big Hero Six

November 26, 2014



Assalamualaikum, hari ni nak review filem Big Hero 6, yang sebenarnya dah tengok 18 hari tu. ye minggu lepas. ye tahu kenapa lambat review ye. mungkin kemalasan tak nak pergi dari hidup aku lagi. so hari ni, tak ada apa benda nak buat, then here i am. apa permulaannya memang tak nak tengok pun cerita ni kerana it's  animation yang tak menarik minat untuk aku tengok. tengok hanya sekadar teman adik tengok. tapi filem ni menarik jugak sebenarnya, walaupun aku tertidur dalam cinema tu. let's talk about this film.

Big Hero 6 pada asalnya adalah watak daripada sebuah komic, iaitu Marvel Comics. samalah dengan Spiderman dan lain-lain pun asalnya daripada Marvel Comics. Filem ini merupakan filem yang Walt Disney Animation Studios buat berdasarkan watak daripada Marvel Comics

Sinopsis
Hiro Hamada, 14 tahun yang sangat pandai dalam bahagian robotics yang tinggal di bandar San Fransokyo. dan selalu menghabiskan masa menyertai pertandingan lawan robot, illegally. Mempunyai seorang abang, Tadashi. Baymax, penjaga kesihatan yang dicipta oleh Tadashi. Tadashi mati dalam suatu kebakaran yang ingin menyelamatkan Professor Callaghan. Sampailah apabila suatu hari peristiwa dahsyat menimpa kota San Fransokyo, menyebab Hiro berada didalam bahaya, menyebab dia mengaktifkan Baymax dan berkawan dengan kawan-kawan abangnya iaitu GoGo Tomago, Wasabi, Honey Lemon dan Fred. Hiro berusaha untuk bongkarkan misteri yang melanda kota San Fansokyo, dan mengubah Baymax dan kawan-kawannya menjadi hero yang berteknologi tinggi yang dipanggil Big Hero 6






You Might Also Like

0 comment