Wednesday, July 15, 2015

K-Drama Review : reply 1997



Review Reply 1997. Cuti-cuti sekolah inilah masanya nak cover balik k-drama kita.(maaf semua terlampau lama duduk dalam draft hari ini baru nak post) Last aku tengok k-drama bulan 1 haritu kut. Cerita healer. Aku tengok cerita ini pun sebab sekarang cerita ini disiarkan di 8TV pukul 10.30 pm tak silap, hari apa tu aku lupa. dan sekarang telah pun tamat. Aku tengok 1st episode dia dekat 8TV dengan my sister. Memang lawak. Tadi time tu tengah struggle mid exam. So, aku dapat tengok episode 1 sahaja. Dan sekarang aku sambung balik sampai habis. Akan menulis review yang agak panjang harap tidak bosan menbaca.

Apa yang bestnya cerita ini dia membuatkan kau terkenang balik zaman dedulu. Zaman remaja yang tak tahu apa-apa dan kau membesar dengan sekeliling yang amat kau rindu sekarang. Dan cerita ini mostly dia kenang kembali masa silam iaitu pada 1997. Pada episode 1 hingga 16 mereka hanya di alumni bercerita pasal kenangan-kenangan mereka hinggalah episode 16. Ada jugak unsur suspen dimana mesti nak tahu akhirnya heroin Shiwon dengan siapa adakah Taewoong ataupun Yoonjae. Dia menbuatkan kau confuse sebab director tu saja je nak bagi kau pening. Membuatkan kau merasakan yang Taewoong dan Shiwon akan bersama tetapi akhirnya……. Akhirnya kau kena baca sampai bawah.

Plot cerita ini best sangat. Cerita bermula dimana mereka mengadakan alumni dimana mereka berjumpa balik selepas lama berpisah. Terhadap lima main characters dalam cerita ini. Tapi aku more focus kepada 2 orang dalam gambar dia atas. Menceritakan 2 orang sahabat yang mak ayah mereka memang dah kenal antara satu sama lain. So memang dari kecik lagi dah kenal.
 Mereka macam best friend yang aku rasa aku dah lama nakkan benda ini. Yup, memang dari dulu lagi aku nak kan best friend lelaki, because for me best friend lelaki dengan bestfriend perempuan banyak beza dia. Jauh sangat, bila tengok movie or drama yang ada bestfriend antara lelaki  dan perempuan itulah yang aku rasa heaven sekali kalau aku dapat. Bukan aku kata bile best friend sejantina ni aku tak suka, suka tadi best friend lain jantina ni lagi sweet. Memang akan ada orang cakap best friend yang lain jantina ini akhirnya akan ada salah satu yang akan tersuka kepada best friend dan akhirnya membuatkan hubungan best friend tu tergantung sama ada menjadi stranger terus tak bertegur atau meneruskan hubungan tersebut like be in a relationship.

Dan benda inilah yang terjadi diantara mereka dimana lelaki yang bernama Yoon Yoonjae memang dari kecil lagi menyukai Sung Shiwon, kawan rapatnya. Walaupun suka tetapi Yoonjae tidak menunjukkan rasa sukanya terhadap Shiwon, adalah bagi hint tapi shiwon ni tak Nampak atau secara specificnya slow untuk memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Yoonjae. Sampailah suatu hari apabila hari terakhir mereka di high school sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Yoonjae ingin memberitahu perasaannya terhadap Shiwon dip agar sekolah tetapi tidak sempat kerana sebelum tertemu dengan Shiwon, abang Yoonjae iaitu, Yoon Taewoong mengatakan bahawa dia juga menyukai Shiwon.



Disitulah terjadinya klimax, dimana Yoonjae berasa dia perlu berhenti menyukai Shiwon dan mula menjauhkan diri daripadanya atas sebab rasa mengalah dengan abangnya. For what I know dia buat benda ini sebab dia rasa dia hanya ada seorang sahaja yang berhargai baginya iaitu abangnya selepas ibu bapanya mati dalam accident kut kalau tak silap.
Part paling sedih sekali bila Yoonjae bagitahu perasaannya dekat dalam bilik karaoke dimana mereka 5 sekawan menyambut hari lahir Shiwon dan sempena pemergian Shiwon ke Seoul untuk pergi ke Universiti. Disitu Shiwon akhirnya tahu perasaan sebenar Yoonjae terhadapnya.
Part penyeleraian dimana Shiwon dan Yoonjae bertemu kembali dan kali ini Shiwon pula yang cuba untuk menarik hati Yoonjae. Pada masa yang sama Yoon Taewoong masih lagi menyukai Shiwon. Dan kali ini Yoonjae tidak akan mengalah dengan abangnya kerana selama bertahun dia cuba melupakan Shiwon tetapi rasa cinta itu masih ada maka bagaimana untuk dia menghadapi hakikat bahawa hatinya sangat menyukai shiwon. Such a happy ending dimana Yoonjae akhirnya bersama dengan Shiwon dan memiliki seorang anak dan semasa menghadiri alumni itu Shiwon pregnant anak kedua.

Character dalam cerita ni funny tergelak terbahak-bahak. Untuk character Siwon yang fanatic dengan boy Idol group, H.O.T yang pernah porpular di korea selatan pada zaman tersebut 1997 tetapi sekarang telah berpecah. Nak dibandingkan aku dengan dia jauh perbezaan dia. Dia punya fanatic dia dahsyat. Nak tahu dahsyat dia macam mana? kena tengok.
Character ayah Shiwon. Merupakan coach baseball. Time paling lawak sekali bila dia marah dia marah bukan marah yang buat orang takut. Dia marah membuatkan orang rasa annoying dengar suara dia rasa nak hempas pintu hentak kaki masuk bilik. Paling best shiwon ni jenis yang suka melawan bila ayah dia cakap dekat benda yang dia tak suka start bergaduh 2 beranak then mak dia masuk campur mempertahankan anaknya maka jadi pergaduhan antara ayah dan mak, anak terdiam seketika. Memang aku suggest pergi tengok cara ayah dia membebel marah-marah. sumpah lawak.


Let’s talk about OST. Kita memang suka bab-bab lagu-lagu ini. Daripada apa yang aku tahu baru je tengok Wikipedia tadi drama ini hanya ada 2 lagu sahaja dia tak ada original soundtrack. So sepanjang drama lagu yang dimainkan hanyalah lagu random kecuali 2 lagu yang dinyanyikan oleh the main cast, Seo Inguk (Yoon Yoonjae) dan Jung Eunji (Sung Shiwon) dimana Seo Inguk pada asalnya adalah seorang penyanyi dan Eunji ialah main vocalist girl Idol group, A Pink. Tajuk lagunya ialah all for you , just the way you love,