blog berubah muka

December 22, 2015



Assalamualaikum, haiiiii. dah lama gila menyepi. hari ini aku kembali. almost 2 week jugak aku tak update apa-apa lepas SPM tamat. Serious talk time sebelum SPM menjelma bukan makan beria lagi buat plan nak update blog hari-hari, nak menukarkan wajah blog menjadi lebih handsome.( blog aku berjantina rupaya) tapi semua plan tu kelaut di makan ikan paus dalam filem In The Heart of The Sea. (kau kena tengok plan aku di makan ikan paus. cepat ke cinema terdekat anda)

Nampak, sampai ikan paus suka dekat plan yang aku buat, sebab tuan badan punya malas nak laksanakannya. Disebabkan hari ini aku bertekat untuk meng-handsome-kan blog. alhamdulillah berkat ketabahan dan kesabaran akhirnya berjaya. ingat senang k apa main "try and error" ni. menguji keimanan  betul.

Nasiblah wifi kita laju ja. tak buat masalah. sekarang tema blog handsome kita bertemakan Star Wars gitu. walaupun aku tak tahu satu benda pun pasal filem itu aku hanya kenal yoda je tau. dan tema warna kita masih sama iaitu biru. aku dan biru tu memang tak boleh berpisah kut. 

Next, header handmade tau. sebenarnya ada buat 2 header but i told my girl friend untuk mintak dia punya opinion yang mana satu cantik. dia kata header yang diatas. So, aku pun ikutlah kata-katanya. tanpa sebarang bantahan. 

 cara-cara membuat header adalah daripada Eina Sakinah. i learn from her. sebab aku dah lupa macam mana nak buat header. so kena belajar balik lah. dan idea yang ku dapat untuk menbuat ini header adalah hasil search google sebenarnya dah terjumpa gamba ini


 dan aku belajar buat scroll box untuk blog archive daripada LF.  dan yang selebihnya daripada aku sendiri. nak buat banyak benda lagi sebenarnya tapi macam complicated gila je. so aku stop sampai situ je. rupa blog macam ni pun dah okay dah.
 

You Might Also Like

0 comment