Nightmare coming

September 28, 2013

Assalamualaikum, selamat malam semua. bahang untuk menduduki PMR semakin terasa, mana taknya lagi berapa hari lagi nak masuk dewan menghadap kertas-kertas. so, ini entry hanyalah nak bagitahu betapa nervousnya aku nak masuk dewan besar untuk kali yang kedua. kali kedua ni, nervousnya lain daripada yang biasa.

Rasa nervous tu lebih daripada nak ambik result UPSR dulu. tapi nervous-nervous pun tuan tanah ni masih lagi bertapa di hadapan computer, mengupdate blog. rilex-rilex semua watlex watpeace, aku menghadap computer pun aku study apa. itu memang menjadi satu habit aku bila study kena ada bunyi-bunyi. baru dapat masuk. kalau sunyi sepi memang aku tidur je kut tak, bangun-bangun. 

kepada sesiapa yang menduduki PMR. aku nak cakap jangan fikir yang PMR itu susah, sebab bila mindset kau kata susah, maka susah lah dia. begitulah sebaliknya. kita selalu berkata begitu even aku pun macam tu tak ada kurang pun. mula-mula mesti kita rasa impossible nak capai sesuatu benda sampailah kita dapat capai apa yang kita nak baru kita tahu ia senang ataupun tidak. 

stay positive,stay fighting,stay brave,stay ambitious,stay focus and stay strong.
tadi aku mengoogle, tiba-tiba aku terjumpa aku satu quote yang mengatakan, jika katness dengan peeta boleh survive dalam hunger game, mesti kita boleh lakukan apa yang kita nak, yang penting usaha. Allah suka orang yang berusaha. Allah tak tengok kejayaan tapi Allah tengok usaha kita. tak dapat kejayaan itu tak apa mungkin itu bukan rezeki kita. 

melalui kesempatan ini aku nak mohon ampun kepada anda semua, kalau benda yang aku tulis ni ada menyakitkan hati anda, bahasa-bahasa kasar gua dan apa-apa yang yand TER-TER itu mohon diampun kan. Wish me luck everybody. love you all XOXO


You Might Also Like

0 comment