Monday, January 4, 2016

Perlis dan kedah (part 1)



Assalamualikum, selamat tahun baru. Gedebuihhhh, gedebiuhhh, gedebuihhh( apasal teruk sangat bunyi dia weiii. Haha anggaplah ini firework yang gilang-gemilang). Sebab entry untuk tahun baru 2016 tiada. Tahun baru, azam baru. Tapi orang yang bernama Azam aku tak jumpa lagi untuk dibuat kawan makanya azam tahun baru tak ada.( lawak apa yang aku cuba buat ini agaknya). Okay azam untuk tahun ini adalah semoga penyakit malas hilang dan pergi jauh dari aku. (bayangkan untuk satu entry ambik masa berhari-hari untuk di publishkan, kau rasa?) dan entry lain berderet-deret nak tulis.

percutian yang berlaku pada cuti yang panjang bulan december hari tu. Bangun pagi terus scroll twitter tau, gigih sangat. pepagi baru nak packing barang. (well memang perangai macam tu. bila tertinggal barang tu memang perkara biasa terjadi) time nak pilih baju apa yang pakai, nak pakai tudung warna apa, corak macam mana. kiranya bila pergi bercuti tu time nak packing baju, tudung tulah yang paling susah sekali nak decide. 

well perjalanan dilalui dengan lancar. dalam kereta yang jadi lead vocalist disandang oleh aku, penyanyi latar kepada kakak dan juga adik. cukup 4-5 lagu aku tidur. tengok-tengok sampai kedah dan menuju ke perlis. tempat yang pertama singgah adalah kedai makan. kemudian pergi taman ular.

credit to google image

masuk sini murah je. nama dia taman ular tapi dalam dia ada banyak haiwan sebenarnya. ada ayam, itik, arnab, burung unta, lizard, buaya, rusa, kura-kura, burung unta. untuk masa itu itu ja yang ada sebab dia masih dalam renovate lagi. next time datang lagi sebab aku rasa tengok dia renovate pun dah cantik kau bayangkan kalau dah dia siap nanti macam mana.

part yang aku tak boleh move on bila aku memalukan diriku sendiri. sebenarnya tak ada apa-apa pun. sebab dia pening duduk dalam kereta lelama. tetiba bila pegang objek yang memyerupai ular. buatlah acah-acah berani nak pegang, bila pegang tetiba benda tu bergerak mahu tak terkejut. (nasib hanya beberapa orang sahaja yang nampak)

seterusnya, nak pergi ke ladang anggur tetapi didalam peyelenggaraan (betul ke weii aku eja tu) maka kita pergi ke datang besar, perlis. 
credit to google image

untuk orang yang kaki shopping tu boleh pergi di sini. tempat dia besar gila. baru aku faham kenapa nama dia padang besar sebab tempat dia besar. bukan sahaja ada di bawah yang dekat atas bukit  tu pun ada lagi kedai-kedai yang kau boleh meneroka. sebab tu kepada sesiapa yang rasa nak exercise nak kurus tu bolehlah hari-hari datang sini beli-belah sambil keluarkan peluh dan dompet pun akan semakin kurus jugak. aku tak sempai nak menjelajah semua kedai sebab tu pun main jalan ja. sampai yang baju yang cantik besar sangatlah, baju tu tebal lah, jenis kain baju tu aku tak sukalah. bila tengok tudung, warna ni dah ada dekat rumah, tudung ni lembut sangat nanti kalau pakai tak terbentuk.

last-last, beli key chain je. boleh lah tu. ada bukti yang aku pernah jejak sana. nanti pergi sana lagi tau. 

next destination, nak pergi cari hotel untuk tidur, tetapi tak jumpa dekat padang besar. so, kita orang decide untuk pergi ke kedah sebab memang keesokkan harinya memang nak pergi kedah pun. dalam perjalanan dia punya view memang superb. kedah kan memang terkenal dengan sawah padi dia yang hijau tu. cantik lah.

credit to my sis by her phone camera

aku jenis yang suka tengok sunset dengan sunrise. dan memang time nak pergi kedah tu dalam pukul enam. nak pulak sit yang aku duduk dalam kereta menghadap matahari yang nak terbenam memang aku tidak melepaskan peluang itu untuk ambik gambar. gigih tau aku ambik gambar dengan kereta lalu-lalangnya. bila ter-snap sunset sekali dengan kereta tu sekali. aku cakap " tak boleh tepi sikit ke?".( padahal bukan salah orrang tu pun. sepak kang.)


 
credit by me by my sis phone camera

okay, rasanya sampai disitu jelah. jumpa lain kali. kena tunggu sama ada jumpa tak hotel di kedah ataupun tidak. atau kita terus balik rumah sebab tak jumpa hotal. kena tunggu part 2. sebab dah lapar sekarang ni. terima kasih kerana sudi membaca sampai habis.(tepuk tangan untuk diri sendiri. ini adalah arahan. buat sekarang)

No comments:

Post a Comment